Search This Blog

Pages

Monday, August 2, 2010

ramadHAn haMpir Tiba

assalamualaikum =)

lame tol cek tak tulis.hehehe...
skang dalam bulan sya'ban, tol?? brape hari lagi ye ntuk bertemu ngan ramadhan.
...adakah kalian sume sudah bersedia???
rugi kalau kalian blom membuat pape persediaan ntuk ramadhan. bukan persediaan baju dan kueh ntuk raye tau...engat tu..
perbanyakkan ibadah kita......
..pertingkatkan..bermula la dari awal...kini sudah pengakhiran bulan sya'ban. banyak fadilat bulan sya'ban.
....sy tidak sahaje mengingatkan kalian...malah diri saya sndri yang slalu lalai ni.huhu.

kalimah tayyibah dalam Quran~

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi kita Muhammad SAW, ahli keluarga, sahabat, tabi'en dan sekelian pengikut mereka sehingga ke hari kiamat.

Ya Allah! Permudahkanlah dan janganlah disusahkan segala urusan kami. Amin Ya Karim!

Adapun tahlil ialah Kalimah Tayyibah, Kalimah Tauhid, Kalimah Takwa, Kalimah Ikhlas, Kalimah Suci, Kalimah Peneguh, Anak Kunci Langit & Bumi, Nilaian Syurga, Tali Yang Teguh Dari Allah, Dakwah Yang Benar dsb.


Ayat #05


لَهُ دَعْوَةُ الْحَقِّ وَالَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ لا يَسْتَجِيبُونَ لَهُمْ بِشَيْءٍ إِلا كَبَاسِطِ كَفَّيْهِ إِلَى الْمَاءِ لِيَبْلُغَ فَاهُ وَمَا هُوَ بِبَالِغِهِ وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ إِلا فِي ضَلالٍ (١٤)ص

14. Kuasa menerima ibadat yang benar adalah tertentu hanya bagi Allah; dan benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak akan dapat menyahut atau memberikan sesuatu apapun kepada mereka, hanyalah seperti orang yang membentangkan kedua tapak tangannya kepada air supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadanya. Dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan dalam kesesatan. (Surah Ar-Ra’d)

'Ali R.A., Ibnu 'Abbas R.A. dan lain-lain mengatakan bahawa da'watul haq (ibadat yang benar) ialah la ilaha illAllah [لا اله الا الله].


Ayat #06


قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلا نَعْبُدَ إِلا اللَّهَ وَلا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ (٦٤)ص

64. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, هaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". ،emudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (masih enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". (Surah Ali Imran)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kalimah yang satu (satu kalimah) itu ialah kalimah tauhid atau kalimah tayyibah iaitu la ilaha illAllah [لا اله الا الله]. Abul 'Aliyah R.A. dan Mujahid R.A. juga mengatakan bahawa kalimah yang satu (satu kalimah) itu ialah kalimah yang satu (satu kalimah) itu ia la ilaha illAllah [لا اله الا الله].


Ayat #07


كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ (١١٠)ص

110. Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (beriman) itu menjadi kebaikan bagi mereka. (walaupun ada sedikit) di antara mereka ada yang beriman tetapi kebanyakan daripada mereka itu adalah orang-orang yang fasik.

Ibnu 'Abbas R.A. mengatakan bahawa menyuruh berbuat segala perkara yang baik itu ialah supaya menyuruh mereka mengucapkan la ilaha illAllah [لا اله الا الله] yakni mengakui segala suruhan (dan meninggalkan segala larangan) Allah SWT kerana kalimah la ilaha illAllah [لا اله الا الله] itulah yang terbaik dan melebihi segala sesuatu yang baik.


Allahu A'lam. Insya Allah, bersambung lagi...